Asar Fonts

Perisian Menulis Untuk Pengajian Islam dan Bahasa Arab

Thursday 22 September 2011

Pengenalan

AsarFonts adalah mengandungi fon tunggal yang terdiri dari beberapa fon standard yang digunakan dalam pengajian Islām dan bahasa Arab. Fon-fon tersebut adalah fon “Times New Roman” dengan semua huruf perumian bahasa Arab dan fon “Traditional Arabic”  dengan tambahan enam huruf Jāwī. AsarFonts juga dilengkapi dengan paparan kekunci bahasa Inggeris-perumian Arab iaitu dikenali sebagai AsarEN dan Arab-Jāwī QWERTY keyboard yang dikenali sebagai AsarAR, keduanya merupakan yang pertama di dunia. Melalui penemuan AsarFonts, proses rumit dalam menulis artikel akademik dalam pengajian Islām dan bahasa Arab sepatutnya tiada lagi, atau sekurang-kurangnya ia dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima

Para penyelidik terutama dalam bidang pengajian Islām dan bahasa Arab / Timur Tengah selalu dihadapkan dengan tugas yang berat dalam menulis kertas kajian kerana mereka perlu memasukkan pelbagai skrip bahasa dalam satu dokumen. Untuk menyelesaikan tugasan bertulis, mereka terpaksa menggunakan beberapa alat tulis dan fon berdasarkancopy dan paste” untuk di masukkan ke dalam satu dokumen. Kaedah ini memerlukan masa dan penelitian bagi setiap penulis. Hal ini lebih teruk kepada penerbit untuk mencetak karya-karya akhir  kerana mereka juga perlu mempunyaisetup” komputer yang sama dengan penulis; dengan kata lain mereka juga perlu memasang alat tulis dan fon yang digunakan oleh penulis tersebut.  

Dalam kajian ini, penyelidik berjaya menyelesaikan permasalahan tersebut dengan menggabungkan semua karakter yang diperlukan untuk kedua-dua bidang tersebut di dalam satu fon iaitu fon "Asar, AsarTraditionalArabic, AsarDiwani, AsarKufi, AsarRaka'ah, AsarThuluth, AsarFarisi, AsarNasakh dan AsarUthmanTaha". Hal ini membolehkan penyelidik hanya perlu menggunakan satu fon sahaja, iaitu mana-mana fon di dalam AsarFonts untuk dokumen mereka

 

1 comment: